Alhamdullilah, Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya aku telah selamat menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Organisasi pada 21 September 2013. Masa ni bawak perut 6 bulan lebih. Aku sendiri tidak pernah terfikir yang aku akan berada sampai ke tahap ini. Sememangnya ini adalah cita-citaku dan impianku untuk mengenggam segulung ijazah. Bermula pada 2009 aku start study dekat USM. Masa pergi orientasi aku baru je berkahwin seminggu. Selepas itu ALLAH memberi rezeki kepada kami yang tidak ternilai harganya iaitu ZURIAT. Aku telah disahkan bunting pelamin.ALHAMDULLILAH. Masa Insentif pula aku bawa perut 7 bulan bersama-sama pergi study, pergi kelas, buat presentation. Duk hostel pulak sorang2..aku tak ramai member coz masa orang lain pergi kelas, aku tak pergi..jadi memang aku x de member. Roommate masa kat USM pulak, rumah dia dkat je dengan USM, jadi selalulah aku kena tinggal sensorang...kadang2 menangis rindu orang kat rumah...tapi apa nak buat..kerana tekad nak belajar aku nie kuat maka aku tabahkan hati menghabis masa sebulan di USM. Memang perit kalau difikirkan balik masa tu...Semua itu menjadikan aku seorang yang lebih tabah dan kuat, mungkin juga kerana semangat baby dalam kandungan masa tu dan sekarang baby tu telah membesar dengan bijak dan petah berkata2, sampaikan kadang2 aku sendiri tak boleh nak menjawap persoalan yang diajukannya. Alhamdullilah aku dikurniakan seorang anak yang comel dan bijak walaupun sedikit manja. Al-maklumlah cucu sulung sebelah suami dan dikelilingi oleh ramai mak sedara. Pada tahun kedua pula..ALLAH mempermudahkan perjalanan hidup study ku dengan mengenali ramai kwn2 seperti Da, K.huda, Wani, K.Miza, Pah, Su, K.Ngoh dan ramai lagi...Kalau ikutkan banyak lagi kenangan dan cerita yang nk di ceriterakan di sini, tapi rasa malas la pulak..Cukup la setakat ini dulu....