~!~ mencoret apa sahaja yang terlintas dihati, tapi yg paling utama adalah untuk mengabadikan potret Bucukkk kesayangan ku di sini~!~
Wednesday, 28 September 2011
Bicara Buat Suami
Bicara ini buat lelaki bernama suami untuk kita kongsi bersama di kamar hati…
Yang sentiasa mengharapkan keindahan abadi, keindahan yang bermula dari sebuah rumahtangga
Untuk kita nikmati bersama dengan si dia…isteri kita.
Mungkin kata-kata ini akan lebih terasa.. kalau kita luahkan secara bersahaja
namun ada baiknya di ketika-ketika tertentu
sentuhan makna dilembutkan, bahasa diperindahkan agar tidak terguris si dia.. isteri kita yang tercinta.
Ah, perempuan… kata pujangga mereka seperti angin, lembutnya melenakan, ributnya menggusarkan
Adakalanya mereka seperti ibu…menyaji kasih, menghidang sayang
Adakalanya mereka seperti anak… ingin dibelai, minta dimanjakan
Sekali-sekala mereka seperti nenek…berleter seadanya, merungut semahunya.
Pertama keikhlasan. Kedua kebijaksanaan.
Hulurkan simpati, taburkan empati
Kata yang dari hati akan turun ke hati
Ucapkanlah :”Deritamu, di hatiku”
Bila dia merajuk.. pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan deria
Dengar, amati suaranya
Teliti dengan hati terseni … Rasional atau emosi?
Kalau ternyata daripada emosi, belailah emosi itu
Jangan dihadapi secara rasional
Mereka tak akan terdaya mengunyah hujah
Berilah seribu sebab, lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik
Namun.. mereka tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu
Sebaliknya perhaluskanlah kata, perindahkan bahasa…
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman
Dan kalau itu masih gagal, gunakan sentuhan
Semarakkan belaian. Masih gagal juga?
Tunggu sahaja rajuknya reda
Emosi isteri bagai riak-riak air di dalam cawan
Jangan digoncang… buat selamba
Lambat laun gelombang akan tenang
Air di cawan kan kita minum jua
Rajuk Semasam Mangga
Tapi awas kalau ternyata merajuknya berfakta
Masamnya berdata, malah ilmiah pula
ini rajuk taraf tinggi, yang perlu ditangani berhati-hati.
Kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
Diam dan koreksi diri
Mengaku dan kemudian berjanji tidak akan mengulanginya lagi
Tidak kalah, dengan mengalah
Katakan, “Sayang… abang alpa” Bisikkan, “Darling, I lupa…”
Kemudian hulurkan tangan, pintalah kemaafan
Pendekatan cassanova, tapi hati suci
Kedang-kadang dengan sedikit memberi, kita akan banyak menerima
Merajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam tetapi… kalau kena cicahnya, enaknya akan terasa
Ingat, api yang panas..padam oleh salju yang dingin.
sumber : ummihoney's blog
Seandainya seorang suami mengerti Hati Isteri
Andainya suami tahu, dalam hati seorang isteri
Ada naluri untuk di sayangi,
Ada rasa untuk di beri perhatian,
Ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
Ada waktu-waktu minta di temani kesedihannya,
Andainyasuami tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang isteri perlu di dekati,
Sedih seorang isteri perlu di dengari,
Gembira seorang isteri ingin di kongsi,
Andai suami tahu di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,
Kerana andai suami tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang isteri,
Wujudkah cinta itu di hati suami,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2

Rahsia Sekeping Hati
Mampu mengungkap sejuta rasa
Mampu menyimpan sejuta rahsia
Hati merasa insan gembira
Hati terasa insan terseksa
Kerana hati jiwa merana
Rasa hati
Perlukah kita memendam rasa
Patutkah rasa menjadi rahsia
Wajarkah wajah memancarkan rasa
Wajarkah mata membiaskan rahsia
Rahsia hati
Relakah kita meluahkannya
Untuk berkongsi suka dan duka
Atau tegakah kita membiarkan rasa
Berterusan menjadi rahsia?
Zahir tak terucap
Pagi ini.... aku terasa ingin menangis ... menangis akan kekosongan jiwa ini... menangis akan rapuhnya hati ini.....lantas ku berdoa dalam hati mohon kepadaNYA agar kuatkan semangat dan jiwa ku.
titian perjalanan ini seakan bertambah berat dengan bebanan yang mendatang...kebelakangan ini mata begitu murah sekali untuk mengalirkan airnya..entah kenapa,aku sendiri pun tak tahu..hidup ini penuh dengan pancaroba...kita perlulah melaluinya dengan penuh ketabahan dan kekuatan iman. walaupun kadang-kala tak tertanggung rasanya...kadang-kala aku terkeliru dengan dengan ku sendiri. keliru dalam menilai erti kasih-sayang...seringkali aku silap dalam perhitungan...seringkali aku berbalah dengan perasaan sendiri...
memetik kata-kata semangat yang aku terima dari seorang sahabat:
kekadang... kita meminta pada Allah setangkai bunga yang indah.. tetapi Allah berikan kaktus berduri.... kita meminta rama-rama.. tetapi diberikan ulat.... kita pun merasa sedih dan kecewa..... namun.. kemudian kaktus itu berbunga indah dan ulat menjadi rama2 yang cantik... itulah jalan Allah S.W.T... indah pada waktunya... Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi Allah memberi apa yang kita perlukan.....
terkadang kita berasa sedih... kecewa... terluka... bahkan berburuk sangka... tetapi jauh di atas segalanya... Allah sedang merangkai yang TERBAIK untuk kehidupan kita.... agar kita belajar untuk ikhlas dan redha.....
jangan lupa kaca itulah terang di mata kita kerana kita kabur akan permata yang bersilau menerangi dalam keadaan gelap dan sukar..........
renunglah ke atas sejenak... lihatlah bintang... ia akan tetap dan terus bersinar menerangi untuk kita walau tanpa kita sedari...Diri sendiri adalah pendorong yang paling baik...
*SESUNGGUHNYA AKU TERDIRI DARIPADA GOLONGAN YANG BERTUAH JIKA BERBANDING DENGAN GOLONG YANG TIDAK BERNASIB BAIK.ALHAMDULLILAH
SEORANG AKU
Aku adalah seorang insan yang hina di SisiNYA...
Aku adalah seorang insan yang selalu lupa KepadaNYA
Aku adalah seorang insan yang selalu merungut akan ujianNYA
Aku adalah seorang insan yang terlupa untuk mensyukuri NikmatNYA
Aku adalah seorang manusia yang seringkali lalai akan PerintahNYA
Aku adalah seorang manusia yang seringkali alpa dengan kenikmatan Duniawi
Aku adalah seorang manusia yang seringkali termakan hasutan Syaitan
Aku adalah seorang manusia yang perlu dan sentiasa untuk Muhasabah Diri
Kesabaran
Sesungguhnya kehidupan ini menuntut begitu banyak kesabaran. Berjayalah sesiapa sahaja yang dapat bersabar dengan apa yang dilalui olehnya..Banyak ujian dan dugaan yang dikurniakan olehNya yang membuatkan kita belajar untuk bersabar, walaupun kadang-kadang kesabaran itu kian menipis. Kadang-kala Dia turunkan hujan untuk menghadiahkan kita sang pelangi yang cantik. SABAR ITU INDAH...kalau kita dapat melaluinya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan..tapi sebagai seorang aku, aku sering kali tewas dengan perkataan SABAR..Sesungguhnya aku dalam proses mempelajari apa itu erti KESABARAN. Kesabaran dalam menjalani hidup ini, kesabaran dalam melalui dugaan dan ujian yang mendatang.SEMOGA SEORANG AKU DAPAT BELAJAR ERTI KESABARAN DENGAN PENUH ISTIQAMAH..INSYAALLAH...SEMOGA ALLAH MEMBANTU DAN MEMBIMBINGKU....
Teka-Teki Iman Al-Ghazali
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa “setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185)
Imam Ghazali : Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = China
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Bintang
Murid 4 = Matahari
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama
Imam Ghazali : Apakah yang paling besar didunia ini?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-Araf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka
Imam Ghazali : Apakah yang paling berat didunia?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah
Imam Ghazali : Apakah yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat
Imam Ghazali : Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid-murid dengan serentak menjawab : Mata pedang!!!
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Sunday, 25 September 2011
Petua Kempiskan Perut
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkan berat badan yang berlebihan dan kempiskan perut.
1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
- Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
- Tumbuk kesemua sehingga lumat.
- Perahkan air Limau Nipis.
- Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.
8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.
Selamat Mencuba!
Saturday, 24 September 2011
Mutiara Ketabahan
Pada suatu hari anak kerang mengadu kepada ibunya akan kesakitan yang dialami bila tubuhya yang lembut itu dimasuki oleh sebutir pasir. Apa yang mampu dilakukan oleh ibunya untuk menolong selain dari sama-sama mengalirkan airmata melihat penderitaan anaknya.
"Anakku..Tuhan tidak menganugerahkan kepada ibu tangan yang mampu menolongmu membuang pasir itu. Ibu tahu pasir itu amat menyakitkan sekali tapi terima dan redhalah ia sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Hadkan pergerakanmu. Pertingkatkan semangatmu melawan rasa ngilu dan sakit yang menggigit itu. Balutilah pasir itu dengan tubuhmu yang lembut itu. Hanya itu yang mampu kau lakukan" kata ibu kerang dengan perasaan sayu.
Anak kerang menuruti nasihat ibunya namun rasa sakit itu tetap dirasakannya. Dengan linangan airmata ia bertahan dari hari ke hari...bertahun lamanya. Tanpa disedari pasir tadi bertukar menjadi sebutir mutiara. Rasa sakit yang ditanggungnya sejak sekian lama dirasakan telah terbayar. Penderitaannya bertukar menjadi mutiara yang berharga.
Cerita di atas menggambarkan bahawa penderitaan adalah satu transaksi untuk mengubah "kerang biasa" menjadi "kerang yang berharga". Keperitan dan penderitaan dapat mengubah kita sebagai "orang biasa" menjadi "orang yang luar biasa". Itulah yang dialami oleh beberapa orang yang terkenal seperti Mahatma Ghandhi, Abraham Lincoln, Nelson Mandela dan lain-lain lagi.
Penderitaan yang dihadapi dengan kesabaran dan ketekunan yang luar biasa akan mengubah kita menjadi seorang yang luar biasa tabahnya. Proses terbentuknya mutiara yang berharga iaitu ketabahan mengajar kita supaya bertekun dalam berdoa dan mendidik kita supaya yakin kepada Allah dalam menghadapi penderitaan dan masalah-masalah kehidupan. Apabila kita tekun berdoa dan redha, maka Allah akan mengubah penderitaan dan masalah kita menjadi mutiara-mutiara yang indah. Hikmah yang didatangkan-Nya bersama airmata penderitaan akan lebih diingati dan dihargai.
Credit to http://amalan-harian.blogspot.com/2009/07/mutiara-ketabahan.html...

Wednesday, 14 September 2011
Kuih Ros/ Sarang Tebuan/Goyang
Kat kg. aku kuih nie dipanggil kuih sarang tebuan je...sarang je, ibu tebuannye x dop ye...1 weeks b4 raya ari tu
aku try la buat kuih nie...tapi sedihnya x jadi..x tau la dimana silapnya...aku ni jenis hangat-hangat tahi ayam...semangat mula2 je, pastu kalu x jadi terus give up...ari nie terasa semangat balik nak blajar...try tanya my boss mcm mana nak buat, rupanya2 kalau acuan baru beli kena celup ngan telur dulu barulah dia x melekat...x pe, nanti ak try wat lak lepah nie, kalu x jadi jugak x tau la...nape la bebal sangat ak nie..nampak gaya kena g kelas membuat kuih lak..he3...

ni lah rupenye kuih sarang tebuan
Tuesday, 13 September 2011
Monday, 12 September 2011
Mommy to b in 7 month ( 24 Nov. 2009 )
Waktu nie banjir kat ofis...sempat g bergambar depan ofis...ni seminggu sebelum p intensif kat penang..
Berusia 2 hari
Saya diberi nama Nik Nur Fatin Syamimi..Just col me Fatin or or syamimi...tapi saya suka bahasa diri saya sebagai mimi..he3...saya dilahirkan pada 8/02/2010 ( isnin ) pada pukul 2.35 petang, berat saya masa tu 3.47kg..berat ke??? berat la jugak kan...ni gambar sya....
sila scroll ke bawah ye....
lagi..........
dan lagii...........
tadaaa, inilah saya...comelkan...angkat bakul sendiri...
Subscribe to:
Posts (Atom)