Andainya suami tahu, dalam hati seorang isteri
Ada naluri untuk di sayangi,
Ada rasa untuk di beri perhatian,
Ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
Ada waktu-waktu minta di temani kesedihannya,
Andainyasuami tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang isteri perlu di dekati,
Sedih seorang isteri perlu di dengari,
Gembira seorang isteri ingin di kongsi,
Andai suami tahu di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,
Kerana andai suami tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang isteri,
Wujudkah cinta itu di hati suami,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2
No comments:
Post a Comment